Jumat, 14 November 2008

SAKIT KEPALA

Sakit kepala ialah rasa sakit dalam kepala. Ia merupakan masalah kesihatan yang paling lazim berlaku dan paling banyak jenisnya.
Jenis-jenis sakit kepala dan ciri-cirinya

Sakit kepala disebabkan ketegangan

*

Sakit jenis ini biasanya dirasai di belakang kepala dan leher dan biasanya tidak terhad pada sebelah bahagian sahaja.
*

Sakit mungkin berlarutan selama beberapa hari hingga beberapa minggu dengan masa lega yang singkat di antara serangan. Walau bagaimanapun tahap keterukannya mungkin berubah-ubah.
*

Menyerang pada bila-bila masa.
*

Kesakitannya selalu digambarkan seperti satu 'Ikatan kuat' yang menekan, tetapi jarang sekali berdenyut-denyut dan tidak pernah disertai dengan demam.

Sakit Kepala Migrain

*

Berlaku apabila saluran darah di kepala menutup terlalu ketat atau membuka terlalu luas.
*

Sakit dirasai di sebelah bahagian kepala sahaja pada satu-satu masa, tetapi mungkin merebak ke seluruh kepala.
*

Sakitnya berdenyut-denyut dan selalunya berlaku secara perlahan-lahan dan menjadi lebih teruk selepas satu jam atau lebih. Berlarutan sekurang-kurangnya 2-4 jam atau lebih lama.
*

Sakit mungkin menyerang sekali dalam masa beberapa hari atau beberapa minggu atau langsung tiada untuk beberapa bulan. Migrain biasanya berlarutan selama beberapa jam tetapi jarang melebihi satu atau dua hari.
*

Sakit yang mungkin menjadi lebih teruk dengan tekanan, pengambilan alkohol, atau sesetengah jenis makanan seperti coklat dan seringkali disertai rasa loya dan muntah-muntah. Tidur dapat melegakan sakit kepala jenis ini. Sakit ini juga boleh berlaku semasa haid.
*

Mempunyai sejarah keluarga yang menghidap migrain.

Sakit kepala yang bertumpu (cluster headaches)

*

Sakit kepala jenis ini biasanya berlaku di kalangan lelaki pertengahan umur, manakala migrain tipikal lebih biasa berlaku di kalangan wanita.
*

Sakitnya hanya meliputi sebelah bahagian kepala sahaja. Sakit biasanya terjadi di belakang mata dan biasanya berlaku pada mata yang sama.
*

Sakit yang menyerang secara tiba-tiba tanpa sebarang amaran.
*

Sakit yang memuncak dalam tempoh 5 hingga 10 minit dan mungkin berlarutan sehingga beberapa jam.
*

Sakit yang menyebabkan seseorang terbangun daripada tidur dan berlaku beberapa kali sehari untuk beberapa minggu dan kemudian berhenti.
*

Menyerang hampir pada waktu yang sama setiap hari, untuk beberapa minggu atau bulan.
*

Sakit yang mungkin berkaitan dengan sebelah bahagian rongga hidung tersumbat dan mata yang berair.


Keradangan Sinus

*

Sakit yang biasanya bermula semasa atau selepas demam selsema yang teruk, terutamanya jika berlaku titis postnasal (pengaliran lendir berlebihan dari kawasan hidung ke dalam farinks).
*

Sakit yang tertumpu pada satu kawasan tertentu pada muka atau kepala, dan menyerang dalam masa yang singkat.
*

Sakit yang teruk pada waktu pagi sebelum mukus (lendir) berpeluang untuk mengalir keluar.
*

Sakit yang menjadi lebih teruk apabila batuk, bersin atau menggerakkan kepala dengan tiba-tiba.
*

Sakit yang menjadi lebih teruk dengan pengambilan alkolhol, perubahan suhu yang mendadak, semasa musim sejuk dan keluar dari bilik yang panas ke kawasan luar yang sejuk.
*

Menpunyai sejarah demam hay (rinitis alergik) dan alahan.

Arteritis Temporal

*

Sakit yang biasanya berlaku di kalangan warga tua yang berumur lebih daripada 50 tahun.
*

Sakit yang berkaitan dengan bahagian kepala dan pelipis yang sensitif (mudah terasa sakit apabila disentuh) dan sakit rahang,
*

Penglihatan terganggu.
*

Sakit-sakit pada seluruh badan
*

Kemungkinan berkait dengan demam ringan yang berlaku sekejap-sekejap.
*

Dikaitkan dengan penurunan berat badan pada sesetengah orang.
*

Sakit kepala jenis ini dianggap sebagai kes kecemasan perubatan - pesakit perlu dirawat di hospital dengan segera.

Faktor-faktor lain yang menyebabkan sakit kepala

*

Demam selsema yang biasa, influenza
*

Demam yang disebabkan oleh virus
*

Terlalu sedikit atau terlalu banyak tidur.
*

Makananan seperti pemanis tiruan, pisang, minuman beralkohol, kopi, teh, daging yang telah diawet, dan monosodium glutamate(bahan perisa).
*

Kecederaan pada kepala/post-traumatik
*

Berlaku jangkitan di kepala atau leher
*

Pendedahan terhadap bahan kimia atau pencemaran.
*

Keracunan
*

Kesan-kesan sampingan daripada ubat-ubatan seperti Indomethacin, nitrat dan agen vasodilasi (agen yang menyebabkan salur darah menjadi lebih besar).
*

Perubahan hormon contohnya sindrom sebelum haid(PMS)
*

Tekanan
*

Gigi bernanah.
*

Kesan-kesan akibat berhenti mengambil kopi, ubat-ubatan simpatomimetik atau ubat  ubatan lain.
*

Kesan akibat berhenti daripada mengambil dadah jalanan.
*

Pengambilan alkohol yang melampau.

Penjagaan sendiri untuk mengawal sakit kepala anda.

*

Cari penyebab atau pencetus sakit kepala anda dan cuba elakkannya.
*

Elakkan daripada mengambil makanan dan minuman yang boleh menyebabkan sakit kepala.
*

Minta bantuan seseorang untuk mengurut otot-otot yang tegang.
*

Makan ubat penahan sakit seperti Acetaminophen, ibuprofen atau aspirin untuk mengurangkan sakit kepala anda.
*

Berehat - Berehat dengan menutup mata dan menarik nafas panjang-panjang dengan perlahan-lahan.
*

Mandi
*

Tutup mata anda dengan kain basah.

Hubungi doktor jika..

*

Sakit kepala yang teruk atau kuat menyerang tiba-tiba.
*

Sakit kepala yang semakin lama semakin teruk atau dikaitkan dengan masalah penglihatan, percakapan yang tidak jelas, masalah mengerakkan tangan dan kaki, atau masalah-masalah yang seumpamanya.
*

Sakit kepala yang dikaitkan dengan demam dan leher terasa tegang.
*

Sakit kepala yang dikaitkan dengan kecederaan kepala.
*

Sakit kepala yang paling teruk pernah anda alami dan menyerang dengan tiba-tiba.
*

Sakit kepala yang berlarutan lebih beberapa hari.
*

Sakit kepala yang teruk pada waktu pagi dan tiada gejala-gejala lain yang timbul.
*

Sakit kepala yang sering berlaku dan tidak diketahui penyebabnya seperti alahan atau sinusitis yang kronik.
*

Terdapat perubahan ciri-ciri sakit kepala daripada yang biasa anda alami.
*

Anda merasa mungkin anda menghidap arteritis temporal.

1 komentar:

Aang mengatakan...

kayanya kamu punya cita-cita jadi dokter ya. semoga suces,slm knl aang jalu di Ma anizhomiyyah.